Resepi Tok Ngah

Monday, September 19, 2011

Gulai Batang / Umbut Pisang - Resepi "Baling".

Gulai Daging Umbut Pisang

Gulai Daging Umbut Pisang atau selalunya orang panggil juga Gulai Daging Batang Pisang atau Gulai Batang Pisang ini mempunyai sejarah tersendiri. Sewaktu kecil saya sempat dibesarkan di Kampung Belakang Sekolah ( Bongor ) Baling , Kedah. Jadi menu batang pisang ini merupakan menu sinonim bagi kami yang digelar sebagai orang Pathani. 

Resepi Serai Wangi untuk Gulai Daging Umbut Pisang ini adalah kesinambungan rasa dari dapur 'ulu' kerana Gulai Umbut Pisang ini adalah hasil olahan Tuan Guru Ahmad Tajudin Abu Bakar atau dikenali juga dengan panggilan Pak Su Din seorang Guru Agama di Pondok Turath.

Pak Su Din berasal dari Kupang , Baling Kedah kira-kira 8 kilometer dari kampung saya dibesarkan iaitu Bongor. Bagi kami orang 'Baling' gulai ini mempunyai nilai nostalgia tersendiri apabila masakan ini kini mendapat permintaan dari orang ramai.

Asal gulai umbut pisang ini biasanya dimasak dengan daging Kambing. Umbut pisang dikatakan mampu menjadi penawar kepada darah tinggi. Oleh kerana itulah daging kambing sering dimasak dengan umbut pisang bagi menjadi teman kepada mereka yang mahu mengawal tekanan darah tinggi. Namun disebabkan ramai yang takut dengan alahan daging kambing maka menu asal umbut pisang ini ditukarkan dengan daging lembu atau kerbau bagi membolehkan mereka yang alah dengan kambing turut dapat mencicip masakan ini.

Bagi mereka yang rindukan nostalgia menu 'ulu' ini bolehlah membuat pesanan kepada kami menerusi email atau nombor telefon diatas. Dimasak oleh Tuan Guru Tajudin Bakar - Pondok Turath Islami Al-Malizi.

Catatan :
Qorie


Tuesday, May 10, 2011

CHICKEN BEIJING STEAM - Chinese Stlye

 

Resepi Ayam Beijing ini adalah tergolong dalam menu Chinese Food. Ianya dimasak dengan menggunakan kaedah rebusan. Menu ini sering dimakan bersama nasi ayam atau dalam western foods dimakan dengan Nasi Mentega ( Butter Rice ). Nasi ayam dan Butter rice mempunyai sedikit perbezaan dari segi persediaan bahan.

Rasa kuah ayam ini hampir seperti sup tetapi ditambah sedikit kicap cair bagi membangkitkan rasa masin , manis dan lemak.








PRAWN GREEN CURRY - Thai Stlye

PECEL LELE - Java Stlye

Sunday, March 27, 2011

TEMPAHAN KATERING UNTUK JAMBOREE / JAMBORI

KAMI DI SERAI WANGI JUGA MENERIMA TEMPAHAN BAGI JAMBOREE / JAMBORI MTB UNTUK SELURUH PULAU PINANG , KEDAH , PERAK DAN NEGERI-NEGERI LAIN. SEBARANG PERTANYAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DENGAN CHEF QORIE DI NO : +6012 529 9108


MURAH & MENARIK 

CATERING FOR MTB JAMBOREE 
2011


Monday, March 21, 2011

UDANG GORENG KUNYIT - SIANTAN

NASI GORENG PATTAYA

SOTONG GORENG KUNYIT.

UDANG RENYAH - Rangup.

TELUR DADAR ISTIMEWA - Lapis Murtabak

NASI UDUK - Nasi Lemak Indonesia.

HOKKIEN MEE - Serai Wangi

SAMBAL KUINI

SATAY

TOM YAM GUNG ( Udang )

CENDOL MAMAK

BUFFET BERBUKA PUASA

SAMBAL PADANG

ULAM-ULAMAN

SAMBAL BELACAN ( Terasi ) SUNDA

AYAM PENYET - Indonesia Style

CHOCOLATE - PELBAGAI PILIHAN DARI SERAI WANGI CATERING.