Resepi Tok Ngah

Wednesday, February 2, 2011

Latar Belakang




SERAI WANGI CATERING ditubuhkan pada Januari 2011 apabila permintaan tempahan masakan yang pada mulanya hanya sebagai hobi kemudian secara beransur telah bertukar menjadi permintaan perniagaan  yang baik. Atas dasar inilah akhirnya Sdr. Qorie dan Sdr Khairuddin menubuhkan SERAI WANGI CATERING demi melayani permintaan perniagaan dalam bentuk katering.

Nama SERAI WANGI CATERING ( Resepi Tok Ngah ) dipilih oleh kedua-dua sahabat ini adalah berdasarkan citarasa lama yang banyak menggunakan serai dalam masakan yang menjadikan setiap masakan mempunyai aroma khas atau dalam ertikata lain memberi bau 'wangi' serta membangkitkan selera apabila kita berhadapan dengan beberapa juadah pilihan.

Setiap masakan dan menu dikekalkan dengan kaedah tradisi bagi memastikan setiap juadah masih terpahat sentuhan 'Resepi Tok Ngah' yang menjadi tarikan suatu ketika dahulu di dearah Titi Serong yang banyak menyimpan rahsia katering sehingga kini. 

Sdr. Khairuddin yang berasal dari Parit Tok Ngah menjadikan tag line 'Resepi Tok Ngah' sebagai asas masakan silamnya yang diwarisi dari Allahyarham orang tuanya yang pernah menjadi tukang masak dibeberapa tempat di Titi Serong terutamanya Parit Tok Ngah.
Sementara Sdr Qorie yang mempunyai pengalaman dan minat memasak sejak kecil telah memberi kekuatan untuk mereka melangkah ke arena baru iaitu DUNIA MASAKAN. 


Sdr. Qorie yang juga pernah bekerja di beberapa restoran terkenal suatu ketika dahulu dan mempunyai kebolehan untuk memasak dalam citarasa Melayu , Thailand , Indonesia , Chinese dan ala Barat serta beberapa menu pilihan yang lain adalah kekuatan kepada Serai Wangi Catering untuk berdiri setaraf dengan katering yang lain.

Harapan mereka agar Serai Wangi Catering mampu menyediakan perkhidmatan yang baik dengan masakan yang berkualiti. 

Antara majlis jamuan yang disediakan adalah :

  1. MAJLIS JAMUAN PERKAHWINAN / KENDURI KAHWIN
  2. JAMUAN AQIQAH 
  3. MAJLIS KESYUKURAN
  4. MAJLIS PERTUNANGAN
  5. JAMUAN MAKAN MALAM
  6. JAMUAN MAKAN TENGAHARI
  7. JAMUAN PETANG
  8. MAJLIS VIP
  9. JAMUAN KELUARGA
  10. JAMUAN RUMAH TERBUKA ( OPEN HOUSE )
  11. NASI BUNGKUS