Gulai Daging Umbut Pisang |
Gulai Daging Umbut Pisang atau selalunya orang panggil juga Gulai Daging Batang Pisang atau Gulai Batang Pisang ini mempunyai sejarah tersendiri. Sewaktu kecil saya sempat dibesarkan di Kampung Belakang Sekolah ( Bongor ) Baling , Kedah. Jadi menu batang pisang ini merupakan menu sinonim bagi kami yang digelar sebagai orang Pathani.
Resepi Serai Wangi untuk Gulai Daging Umbut Pisang ini adalah kesinambungan rasa dari dapur 'ulu' kerana Gulai Umbut Pisang ini adalah hasil olahan Tuan Guru Ahmad Tajudin Abu Bakar atau dikenali juga dengan panggilan Pak Su Din seorang Guru Agama di Pondok Turath.
Pak Su Din berasal dari Kupang , Baling Kedah kira-kira 8 kilometer dari kampung saya dibesarkan iaitu Bongor. Bagi kami orang 'Baling' gulai ini mempunyai nilai nostalgia tersendiri apabila masakan ini kini mendapat permintaan dari orang ramai.
Asal gulai umbut pisang ini biasanya dimasak dengan daging Kambing. Umbut pisang dikatakan mampu menjadi penawar kepada darah tinggi. Oleh kerana itulah daging kambing sering dimasak dengan umbut pisang bagi menjadi teman kepada mereka yang mahu mengawal tekanan darah tinggi. Namun disebabkan ramai yang takut dengan alahan daging kambing maka menu asal umbut pisang ini ditukarkan dengan daging lembu atau kerbau bagi membolehkan mereka yang alah dengan kambing turut dapat mencicip masakan ini.
Bagi mereka yang rindukan nostalgia menu 'ulu' ini bolehlah membuat pesanan kepada kami menerusi email atau nombor telefon diatas. Dimasak oleh Tuan Guru Tajudin Bakar - Pondok Turath Islami Al-Malizi.
Catatan :
Qorie